...SESUNGGUHNYA AGAMA ISLAM ADALAH AGAMA SEMUA NABI@ISLAM IS RELIGION ALL PROPHET...
...SESUNGGUHNYA AGAMA ISLAM ADALAH AGAMA SEMUA NABI@ISLAM IS RELIGION ALL PROPHET...
Sunday, 11 December 2011
CARA MENAIKKAN OTOT...
Ramai Lelaki Yang Menginginkan Bentuk Tubuh Badan Berotot. Impian Itu Adakalanya Terbantut Dek Kerana Kekurangan Masa Untuk Berulang Alik Ke Gym. Ketahui Petua Ringkas Untuk Menjadikan Badan Berotot. (Menarik!)
CATEGORY : KESIHATAN DAN RIADAH
TAGS : CARA BUAT BADAN TOUGH, CARA NAIKKAN OTOT BADAN, KESIHATAN DAN RIADAH, LATIHAN BADAN TOUGH, LATIHAN OTOT BADAN, PETUA BADAN TOUGH, SESI LATIHAN GYMNASIUM, TEKNIK BADAN TOUGH, TIPS BADAN TOUGH, TIPS BENTUK BADAN BEROTOT
Banyak cara yang boleh dilakukan orang lelaki untuk membentuk badannya menjadi lebih berotot. Salah satunya adalah dengan melakukan fitness di gymnasium. Tetapi ternyata untuk mempercpatkan badan berotot, ada beberapa jenis makanan dan minuman yang boleh membantu dalam proses pembentukkan otot tersebut.
BAYAM - Bayam adalah makanan yang paling baik untuk membentuk otot. Bayam merupakan bahan bakar otot, kerana mampu meningkatkan sintesis protein hingga mencapai 120 % sehingga jaringan otot mampu memperbaiki dirinya sendiri. Namun, bayam tidak boleh membuat seseorang itu menjadi lebih langsing dan seksi.
Nenas dan Betik – Ia baik untuk penyembuhan otot. Kedua-dua buah ini membantu memecah protein untuk proses pencernaan.
Salmon – Baik untuk kardiovaskular. Asam lemak yang terdapat pada minyak ikan penting dalam menjaga kesegaran jantung kerana ia mempunyai kesan setelah masuk ke dalam sel jantung. Amalkan minyak ikan dalam bentuk kapsul atau makan ikan yang kaya dengan asam lemak beberapa kali dalam seminggu.
Air Sejuk – Ia berkesan untuk daya tahan. Jika anda minum air sejuk sebelum dan semasa latihan dapat membantu meningkatkan daya tahan.
Susu Coklat – Ia baik untuk menjaga tubuh tetap berhidrasi. Minuman yang terbaik setelah olahraga adalah susu.. Penambahan coklat pada susu akan mudah menyempurnakan keseimbangan protein, lemak dan mempercepatkan proses pemulihan otot.
Selain mengamalkan petua di atas, latihan beban adalah salah satu pilihan yang dapat membuat otot lebih besar dan padat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment